Browse By

ULASAN SEPARUH AKHIR 3 ALI2020

01. Sembunyikan – BanyakBunyikRepublik

Showmanship, outifit, koreografi, arrangement? 200%. Mereka kelihatan sangat bersedia, bukan sahaja untuk pertandingan ini, tetapi seolah-olah bersedia ingin menakluk dunia. Mereka tidak gentar. Seperti sahaja malam ini majlis pelancaran album mereka. Sayangnya, lirik yang terlalu ringkas dan tenggelam timbul mungkin menyebabkan mereka sukar untuk menembus sehingga ke peringkat akhir kerana kami yakin penulisan lirik juga mempunyai markah tersendiri dalam penilaian para juri. Markah Junklist: 95%

02. Menunggu – Orkes A. Hizadin & Ainina Hasnul

Orkes A. Hizadin membuktikan versatiliti mereka dengan perubahan dari pop rock kepada lagu ballad. Perubahan susunan muzik yang minimal berbanding dengan lagu asal dengan penambahan seruling dan gendang, lagu ini lebih kepada penyampaian perasaan. Oleh itu, tidak banyak yang kita boleh harap daripada faktor showmanship. Sendu is laif. Markah Junklist: 80%

03. AHNS – Boys

Secara lirikalnya, lagu ini berkisar tentang self-reflection dan boleh menjadi sebuah lagu yang levitating jika dilihat dalam beberapa sudut. Tapi persembahan secara keseluruhan nampak mendatar dan terlalu biasa. Ya kami faham lagu ini adalah sebuah lagu yang chill, tetapi penyampaian lagu sewaktu live boleh memberikan impak yang berbeza berbanding dengan versi rakaman. Paling mudah, pergerakan tangan dan mimik muka. Mereka kelihatan resah dan kaku sepanjang permainan. Markah Junklist: 70%

04. Landasan – Oceanlights

Kemas dan meyakinkan. Menariknya lagu ini kedengaran bersifat “anthemic”, yang pasti kedengaran bersemangat sekiranya dinyanyikan beramai-ramai. Dan satu perkara pasti, membuat lagu bersifat “anthemic” agak sukar dan oleh sebab itu, jarang dibuat oleh pemuzik. Vokalis berjaya dalam menyalurkan tenaga positif lagu ini. Markah Junklist: 85%.

05. Revolusi – Radikal

Kami ingin memberi sepenuh kredit kepada drummer mereka yang mengetuk snare menggunakan traditional grip sepanjang lagu. GILA KE? Mungkin kami kurang dalam hal-hal “knowledge” tetapi ini adalah hal pertama seumpannya yang kami lihat dalam kalangan pemain drum bergenre metal dan genre sewaktu dengannya. Screamer mereka mempunyai teknik jeritan yang bagus dan pelbagai menyebabkan jeritan konsisten dan berdinamik sepanjang persembahan. Markah Junklist: 80%.

06. Lap of Luxury – Golden Mammoth

Jika ada sebuah band yang patut menjadi contoh dalam persembahan, kami akan nobatkan Golden Mammoth untuk menjadi contoh tersebut. Daripada seragam hinggalah membawa prop sendiri semata-mata untuk memenuhi creative needs mereka sendiri. Cumanya, kami rasakan intro “korang semua, di sana, terimalah lagu ini” agak janggal dan sedikit pelik. Selain daripada itu, profesisonalism mereka dalam mengendalikan persembahan wajar dipuji. Golden Mammoth sudahpun berada dalam kelas mereka tersendiri. And nope. Tu bukan Jack Black. Markah Junklist: 85%

07. Pergi Jauh – Hiker

Hiker nampak selesa tetapi masih terlalu berhati-hati. Dan kami perlukan penjelasan kenapa penyanyi latar dalam keadaan duduk; menyebabkan di beberapa bahagian vokal latar terketar-ketar. Ini asas dalam lontaran vokal. Berdiri. Tapi ya, Hiker berpotensi untuk pergi jauh. Markah Junklist: 75%

08. Soldadu – Crazy Grizzly

Lengkap dengan gimik pembuka yang sepadan dengan motif lagu. Banyak lagi yang perlu diperbaiki buat penyanyi vokal clean mereka. Buat pemain lagu-lagu rancak, harus diingat bahawa dalam menyampaikan tenaga lagu mereka, amat penting untuk mereka kekal “composed” dan terkawal supaya tidak kedengaran tercungap-cungap dan off-key, terutama untuk sebuah pertandingan. Markah Junklist: 70%

09. Gundah Gulana – LOKO

Selepas melihat persembahan LOKO secara keseluruhan. kami yakin LOKO sebenarnya sudah cukup untuk bersedia untuk pentas yang lebih besar. Gundah Gulana juga kedengaran agak matang, sekurang-kurangnya berbanding lagu mereka yang lain. Susunan muzik yang sedikit diubahsuai menambah perasa lagu ini. Sendu for laif. Markah Junklist: 85%

10. Penawar – Margosa

Ahh sebuah lagi effort 100% daripada peserta minggu ini. Daripada pemilihan kostum saja sudah nampak persembahan teatrikal mereka. Walalupun pemuzik bermain dengan alat yang minimal, ia tidak konvensional. Beberapa kali kami mengkritik bahawa persembahan balada selalunya mendatar dan kaku, tetapi Margosa menunjukkan bahawa muzik balada itu tidak membosankan dan boleh menjadi lebih baik dari kebiasaan (adakah lagu ini bergenre balada ataupun tidak adalah terbuka untuk perdebatan). Ekspresi perasaan yang cemerlang, prop yang berkesan dan susunan muzik yang menolak kekuatan lagu ini lebih kedepan. Markah Junklist: 90%

11. Dengan Nama Tuhan – Teman Lelaki

Wakil sulung genre folk dalam ALI2020. Penuh puitis dan sentimental. Suara latar dan muzik yang sangat tepat dan baik. Rasanya sudah lama tidak mendengar suara lelaki yang agak jantan begini. Sekiranya mereka menambah baik dari segi persembahan/prop/gimik, mereka pasti berpeluang besar menjadi pemenang ALI2020. Markah Junklist: 90%

12. Mujikalau – Hacktick!

Tampil dengan gimik berbaju kurung. Vokal bermain selamat dengan merendahkan nada di beberapa bahagian lagu. Juga kedengaran sedikit terkejar-kejar dan sedikit semput. Adakah baju kurung mengganggu permainan mereka? Mungkin juga kerana berpadukan kepada klik. Kami percaya mereka sebenarnya boleh buat lebih baik daripada persembahan ini. Markah Junklist: 75%

13. Pelukan Angkasa – Sekumpulan Orang Gila & Shila Hamzah

Lontaran vokal yang jelas, seperti apa yang kita jangkakan daripada pemuzik yang berpengalaman. Pengecualian kepada masalah teknikal kepada mikrofon scream yang kurang jelas, menyebabkan beliau kelihatan seperti marah tanpa sebab di pentas itu. Dan entah mengapa bahagian muzik mereka juga kedengaran lebih jelas berbanding perserta sebelumnya. Jujurnya, kedengaran agak pendek persembahan ini, menyebabkan tidak puas untuk hanya didengar sekali. Markah Junklist: 90%

Baca ulasan Minggu 1 dan Minggu 2.

Berikutan minggu terakhir, diumumkan lagu yang telah layak ke peringkat akhir. Walaupun dijanjikan 12 lagu yang akan mara, namun keajaiban muncul kerana ada dua lagu yang mempunyai markah yang sama. Maka terdapat 13 lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Analisis Peserta Yang Berjaya ke Peringkat Akhir akan dibuat di artikel berlainan.