Browse By

ULASAN SEPARUH AKHIR 2 ALI2020

01. Mari Menari – The Impatient Sisters

Terlalu kawai-desu! Nampaknya The Impsis betul-betul faham kekuatan mereka dalam membuat lagu-lagu pop sebegini. Harmoni mereka sentiasa on-point. Apa yang dinyanyikan mereka juga lakukan; menari. Dan senyuman sepanjang nyanyian itu memberikan sebuah perasaan “feel-good” kepada kami. Seperti Separuh Akhir 1, Separuh Akhir 2 juga dibuka dengan baik. Markah Junklist: 85%

02. Sang Biru – Langkasuka

Langkasuka membawa ballad jazz dalam Sang Biru. Sebaik saja vokal bermula, terus saja kami rasa seolah-olah berada di sebuah lounge sekitar 1960. Ah, sukar untuk menulis ulasan sambil menonton persembahan ini kerana muziknya sungguh membuai. Di sesetengah tempat nyanyian, kami sedikit meremang. Melodi vokal dalam Sang Biru sungguh kuat dan terkesan. Markah Junklist: 90%

03. Kisah Cinta Yang Tak Diduga – The Alif & Kamelia

Tidak sangka The Alif boleh membawa lagu ballad akustik sebegini. Yang sedikit mengganggu persembahan mereka ialah mikrofon Kamelia yang agak perlahan, sehingga sukar untuk kami menangkap apa yang dinanyikan dan menyebabkan suara Aliff lebih dominan dan tidak seimbang dengan Kamelia. Akibatnya, Kamelia kedengaran seolah-olah hanyan penyanyi latar berbanding sebagai sebuah lagu duet. Markah Junklist: 70%

04. Dursila – Zerophobia ft Leaism

Banyak yang membuatkan mata kami segar dalam persembahan mereka. Paling utama, kebolehan screamer mereka yang boleh menggunakan vokal clean, low growl, mid-range growl, dan kvlt scream. Sungguh versatil dan hebat. Lea pula memang kita sedia maklum mempunyai kekuatan vokal yang sebegitu, menjadikan lagu ini kukuh dan menraik perhatian sedari awal sehingga tamat. Markah Junklist: 85%

05. Kangkong N Roll – Kapow

Walaupun ketiadaan Along Zip Zieller, Khairul S. selaku sessionist mengisi ruang kosong tersebut dengan sangat baik. Khairul adalah vokalis Temjin dan gitaris Mafidz. Delivery yang agak sempurna dari Khairul S. Pemilihan kostum? 100% on fire. Mungkin ramai yang anggap ia adlaah sebuah pilihan random tapi kami berpendapat ia adalah kesinambungan daripada muzik video mereka dengan tajuk lagu yang sama. Persembahan pula memang pekat dengan tenaga rock and roll. Adrenaline rush! Markah Junklist 85%

06. Andai Kau Pergi – Plvindre

Bukan mudah untuk menggantikan dan membawa lagu orang lain. Nazrin SOG kelihatan sedikit bergelut dalam membawa vokal untuk lagu ini, namun berjaya disempurnakan sehingga tamat. Chemistry antara mereka juga sangat bagus. Permainan yang kemas, dan untuk sebuah band yang hanya bersandarkan pada seorang pemain gitar, muzik mereka kedengaran “penuh”. Mungkin ada penggunaan sequence. Markah Junklist 75%.

07. Contempt – Night Skies And Visions

Seawal set dibuka kami sudah tergelak melihat papan “Nice Guys and Virgins”. Ia adalah sebutan alternatif bagi Night Skies and Visions, dan secara jujurnya kami lebih sukakan versi “Nice Guys”. Berlaku sedikit kesilapan diawalnya kerana vokal masuk sedikit awal. Dan kesilapan berlaku lagi di pertengahan lagu. Kami rasakan ia adalah kesilapan teknikal kerana bahagian tersebut terlalu kosong secara tiba-tiba, menyebabkan dinamik lagu ini terus hilang dan kedengaran sangat anti-klimaks. Ini adalah risiko bagi pemuzik yang menggunakan sequence yang memerlukan ketepatan dan permainan yang kemas. Markah Junklist 70%

08. Lagu Paling Kecewa Di Dalam Dunia – Jemson

Myo seolah-olah tenggelam dengan perasaan beliau dalam persembahan ini. Beremosi dan teatrikal. Ekspresi vokal pada penghujung lagu menjelaskan segalanya tentang lagu ini; kekecewaan, marah dan penyesalan. Namun, persembahan mereka minimal dan tiada apa-apa faktor penarik tambahan. Markah Junklist 75%.

09. Mr Pollution – Budak Nakal Hujung Simpang

Dengan kekuatan sepasukan pasukan bola sepak, ini adalah persembahan paling padat dalam ALI2020 (persembahan Heidi adalah pemuzik iringan, bukan ahli kumpulan). Kami sangat suka melihat interaksi sesama mereka yang saling berkomunikasi semasa persembahan dan bergembira dengan permainan mereka. Namun di sesetengah tempat, vokal menjadi tenggelam kerena pergerakan vokalisnya yang terlalu rancak menyebabkan mulut beliau menjadi jauh dari mikrofon. Markah Junklist: 80%

10. I Wish It Was Only You – Servants

Total meremang semenjak dari awal lagu. Ekspresi perasaan yang menyeluruh dan jujur. Namun seperti yang dikatakan oleh kami di atas, penggunaan sequence sungguh berisiko dan perkara yang sama terjadi pada Servants. Dan paling fatal, kesilapan dilakukan oleh drummer yang kedengaran jelas di beberapa bahagian. Namun ia diselamatkan oleh kebijaksanaan vokalis yang pandai membaca keadaan, dimana vokalis melambatkan sedikit nyanyian beliau bagi mengikut rentak dari pemain drum. Markah Junklist: 85%.

11. Untitled – Mirah & Petipop

Setelah 6 persembahan yang menaikkan adrenalin dipersembahkan secara berturut-turut, Mirah & Petitpop membawa kita bernafas di tepi pantai sambil ditiup bayu pagi. Mirah adalah penyanyi yang underrated kerana kami tahu kebolehan beliau bersama Tilu, bersama Monoloque, The Ramlees sehinggalah yang terkini, semuanya membuatkan beliau seorang yang versatil dengan pelbagai genre namun mempunyai tone vokal yang tersendiri. Persembahan yang minimal dan simple. Markah Junklist: 75%

12. Gentayangan – A.Limin

A. Limin mengatur gerak berani dengan menyusun semula lagu mereka untuk persembahan separuh akhir ini. 100% for effort. Walaupun dinyanyikan secara ala-malas, sebutan dan ekspresi vokal mereka sangat jelas. Mood keseluruhan juga berjaya disampaikan. Markah Junklist: 80%

Separuh Akhir 3 yang akan berlangsung pada 18 September nanti adalah siri sepruh akhir yang terakhir. Senarai lagu yang akan mara ke peringkat akhir akan diumumkan di penghujung siaran.