Browse By

#ALI2021 SENARAI PENUH SEPARUH AKHIR, PILIHAN & RAMALAN

Pengenalan

Sepak-mula Anugerah Lagu Indie bermula pada tahun lepas dengan lebih kurang 630 penyertaan lagu. Tahun ini menyaksikan peningkatan kepada 757 penyertaan. Seperti tahun lepas, kesemua penyertaan disenarai-pendek kepada 200 buah lagu dan hanya 30 lagu yang akan dipertandingkan daripada senarai pendek tersebut. Anugerah Lagu Indie mengambil inspirasi dan semangat daripada Anugerah Juara Lagu namun diolah bagi memberi fokus kepada lagu-lagu alternatif yang tidak didengari oleh pendengar kebanyakan.

Senarai Juri

Sebanyak DUA BELAS orang juri merentas pengalaman dan kekuatan muzikal bagi menyaring kesemua penyertaan. Berikut adalah barisan juri:

  1. Luca Sickta (Songwriter / Music Producer / Rapper)
  2. Azim Jenk Ali (Drummer / Producer)
  3. Efry Arwis (A&R Executive / Producer)
  4. Rudy Nastia (Composer / Producer / Arranger)
  5. Gjie (Rakita’s Music Executive / Composer / Producer / Arranger)
  6. Jennifer Thompson (Event & Artist Manager)
  7. SXPH (Rapper / Producer)
  8. Irena Taib (Guitarist / Composer / Producer)
  9. JD Wong (Producer / Mixer / Recordist)
  10. Kmy Kmo (Composer / Lyricist / Rapper)
  11. Amir Jahari (Singer / Songwriter / Music Coach)
  12. Amylea Azizan (Producer / Singer / Songwriter)

Top 200

Daripada 757 penyertaan, 200 lagu telah disenarai-pendek untuk proses penyaringan yang lebih menyeluruh. Anda boleh mendengarkan kesemua 200 lagu yang disenarai-pendek daripada senarai lagu Spotify berikut:

Top 30

Daripada 200 lagu diatas, hanya 30 lagu akan dipertandingkan selama 3 minggu berturut-turut, iaitu pada 6, 13 dan 20 November. Berikut adalah senarai Top 30 ALI2021:

Dengarkan kesemua 30 lagu yang akan dipertandingkan disini:

Analisa

Dalam senarai Top30, terdapat beberapa artis yang sudahpun berjaya mara ke peringkat separuh akhir pada ALI2020, antaranya Kapow, Bihzu, Heerraa, Hasha Roslan, Nusarasa, Teman Lelaki dan Ainina Hasnul yang dilihat mempunyai kelebihan dari segi persiapan bagi persembahan pentas separuh akhir. Malah, Heidi bakal bertanding dalam dua lagu bersama Ruang Hati dan KidiDaNoto.

Selain itu dapat juga dilihat beberapa artis yang prolifik dan lebih berpengalaman seperti Ramayan, Brendan de Cruz, Margasatwa, Patriots dan Leaism yang pastinya bakal membawa sedikit kegerunan kepada peserta lain.

Dan pastinya yang lebih menarik adalah artis-artis baharu yang lain yang semestinya berkebolehan memberi kejutan. kebanyakan mereka mempunyai bekalan yang cukup untuk menggoyahkan artis yang lebih berpengalaman. Late Night Frequency membawa bekal sebagai Top 3 Vans Musician Wanted (Malaysia) dan pemenang Anugerah Platinum Carta Indie Rakita. RESORT pula mempunyai kekuatan 39,000 putaran bulanan di Spotify, manakala SHN pula mempunyai kekuatan yang lebih kurang sama dengan 50,000 putaran bulanan di Spotify. Arunboii pula tampil unik dengan menjadi satu-satunya lagu yang menggunakan bahasa Tamil penuh.

Pentas Akhir – Pilihan Junklist

Berikut adalah pilihan dan ramalan peserta yang bakal mara ke peringkat akhir. Sebanyak 12 artis akan dipilih untuk bertanding di pentas akhir, beserta ulasan ringkas:

  1. Modescape – Bebas: Produksi, adunan, vokal, melodi dan gubahan yang baik. Memaut sejak didengar buat kali pertama. Sangat kuat dan mempunyai kualiti “arus perdana”.
  2. Arunboii – Enge Port: “gangsta’ rap” yang bertubi-tubi menumbuk gegendang telinga. Kebolehan rap yang menyerlah dan sukar ditandingi rappers semasa. Berharap lagu ini mendapat justifikasi selayaknya dalam pertandingan nanti, kerana liriknya yang berkemungkinan mengurangkan markah mereka.
  3. Margasatwa – Yang Asli: Lagu ini sudahpun terbukti tuahnya apabila dipersembahkan di Levi’s Music Project sekaligus menobatkan Margasatwa sebagai johan, apatah lagi apabila digabungkan persembahan pentas mereka yang berkualiti tinggi.
  4. Airm, Ainina Hasnul, Teman Lelaki – Tentang Siang, Malam dan Romantis: Teman Lelaki sudahpun membuktikan kebolehan mereka dengan lagu Dengan Nama Tuhan. Lagu kali ini lebih baik susun-aturnya dan lebih berwarna berbanding tahun lepas.
  5. Countrywolves – Getaran Cinta: Mereka seolah sudahpun berada di liga yang tersendiri, dengan alunan muzik yang gemersik dan vokal yang melalaikan perasaan.
  6. KidiDaNoto – Kangen: Seolah-olah sebuah penjenamaan semula Heidimoru yang lebih dikenali dengan nyanyian solo.
  7. Patriots, Revi Novka – Misguided: Sebuah lagu post-hardcore dengan sedikit sentuhan orchestral dan bandungan suara clean lelaki, perempuan dan scream yang seimbang.
  8. Late Night Frequency – Fun Lust Love: Muzik berentak nu-disko yang jarang didengari dan dimainkan dalam arena alternatif. Tidak terlalu teguh dari segi lirik dan vokal namun mempunyai kekuatan dalam rentak dan permainan muzik.
  9. Nusarasa – Jauh: Selaku pemenang tempat kedua ALI2020, sudah pasti Nusarasa mempunyai kekuatan tersendiri. Berdasarkan persembahan mereka tahun lepas dan lagu yang terbaru, kami jangkakan mereka pasti menempah laluan ke peringkat akhir.
  10. RUNS – Kamar: Setakat ini masih lagi tiada lepasan rasmi dimuatnaik oleh mereka di internet. Namun mendengarkan lagu ini secara langsung di Youtube, mereka mempunyai keunikan dimana vokalisnya yang bermain gambus sepanjang lagu.
  11. Ramayan – Puas: Ramayan tidak perlu diperkenalkan lagu muzikaliti mereka. Namun mereka perlu memberikan persembahan pentas yang memukau sekiranya ingin melangkah ke peringkat akhir. Lagu ini pastinya lebih menonjol sekiranya dipadankan dengan gimik persembahan yang baik.
  12. Rina-Hime – All Over Again: Tampil menyanyi menggunakan bahasa Jepun, Rina-Hime juga mampu menyanyi sambil bermain gitar dengan cara yang rancak. Oleh kerana beliau juga banyak menyanyikan lagu-lagu saduran Jepun, kami mempunyai jangkaan tinggi terhadap kebolehan Rina dalam pertandingan ini kerana kami yakin Rina boleh mengguna-pakai banyak contoh persembahan daripada negara tersebut.

Perlu diingat bahawa ini adalah pilihan peribadi kami dan pilihan kami tidak sedikitpun memberi kesan kepada keputusan sebenar nanti. Pemilihan dibuat hanya berdasarkan lagu yang kami dengarkan di Spotify, manakala pemilihan peserta akhir nanti bakal dinilai dari segi persembahan, susunan lagu, dan pelbagai faktor lain lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan Anugerah Lagu Indie 2021 di laman Youtube rasmi bermula pada 6 November ini.

Ikuti laman web dan lama sosial rasmi ALI2021:

https://www.instagram.com/anugerahindie/

https://www.youtube.com/c/AnugerahLaguIndie

https://www.facebook.com/anugerahindie

https://twitter.com/anugerahindie?lang=en

https://www.anugerahlaguindie.com/