Browse By

SENARAI PUTAR HUJUNG MINGGU 05/21

Ada yang mengatakan bahawa norma baru kita akan berterusan selama 7 tahun. Betul ke ni? Marilah sama-sama kita doa hal ini segera berakhir supaya kita boleh menikmati dunia luar tanpa rasa takut lagi. Okay, baik kita jangan tangguh lagi. Berikut merupakan 5 lagu bagi Senarai Putar Hujung Minggu Kelima buat anda tahun ini!

Arctic Statik – A Cheated Lady

Ingat lelaki je boleh jadi seorang penipu? A lady could do so. Itulah yang dibayangkan di dalam MV A Cheated Lady oleh Arctic Statik. Kumpulan baru yang terdiri daripada vokalis dan gitar, iaitu  dikenali sebagai Acap ini berasal dari Melaka bersama ahli yang lain iaitu Aiman (gitar), Epy (vokalis), Aboi (drum), Kurt (bass) dan John (keyboard) . Mereka merupakan salah satu band yang membawa alternative rock dan brit rock sebagai genre utama muzik mereka.

Buat pengetahuan semua, kumpulan ini juga antara kumpulan baru yang  menyertai Live @ Ruang Sempit Season 2 baru-baru ini. Sepertinya single pertama mereka ini mempunyai pengaruh Arctic Monkeys. Tak percaya? Dengarkannya sekarang dan kongsikan pandangan anda bersama kami di Instagram!

Timemachine – Irrelevant

Kategori band wanita di dalam muzik indie tidak lagi menjadi minoriti. Kemunculan Timemachine disambut baik bagi yang sentiasa mengikuti persembangan gig. Timemachine bukanlah terlalu baru tetapi mereka telah berjaya merasmikan single mereka yang kedua bertajuk Irrelevant di platform Spotify.

Jika ada komen yang mengatakan vokalisnya, Charlotte Ardelle seperti Doloris O’riorden daripada The Cranberries, mungkin saya akan lebih menyokong sedikit sebanyak suara beliau seperti Hayley William daripada Paramore? Apa pun, mereka telah berjaya membuktikan bahawa all-girl group masih boleh rock n roll!

Elvin Romeo – Bukan Dia

Pernahkan anda mendengar karya Elvin Romeo? Elvin yang berasal dari Sabah mungkin belum dikenali sepenuhnya di Semenanjung tetapi lagu-lagu beliau yang lebih kepada elemen easy listening akan tetap menarik minat pendengar. Bukan Dia ini merupakan single yang keempat daripada beliau dan tidak dinafikan bahawa suaranya merdu sekali.

Jika lagunya yang lepas bertajuk Kosong seperti ingin meluahkan kekosongan hati, Bukan Dia pula seolah-olah patah hati kerana gadis pilihan bukanlah untuknya. Kalau anda berjaya dengar lagu ini sampai habis, anda akan sedar bahawa lirik lagunya mempunyai barisan lirik berbahasa asing dan rupa-rupanya ia adalah bahasa Kadazan! Baru pertama kali dengar? Tak mengapa, sokong beliau di platform Youtube segera!

Afiq Rahem – DIAL ft. Shouk, Sydograph & Fimie Don

Dalam ruangan indie, rap juga antara elemen yang tidak ketinggalan dalam arus ini. Buat para peminat rap, anda boleh mula dengarkan lagu baru daripada Afiq Rahem bertajuk Dial di platform seperti Youtube dan Spotify. Pada pandangan saya, Dial ini merupakan antara single genre rap yang terbaik pada tahun ini. Barisan lirik yang diketengahkan amat jelas dan mudah difahami oleh pendengar. 

MV lagu ini menarik kerana disertai oleh pelakon yang tidak asing lagi di kaca televisyen iaitu Fimie Don. Jangan terkejut kalau tengok Fimie Don boleh rap! Tahniah kepada Afiq Rahem dan rakan-rakan atas permulaan yang baik untuk tahun ini. Teruskan berkarya!

Countrywolves – Getaran Cinta

Kali pertama mendengar lagu ini terus jatuh cinta! Itulah yang dirasai bagi para pendengar yang mula cuba mengenali kumpulan ini. Band yang berasal dari Borneo Utara ini sememangnya berbakat. Dianggotai oleh Saiful Zwan, Maxx Brandon dan Marcellus Paungin, gabungan tiga jejaka ini menjadikan lagu mereka begitu klasik dan menenangkan. Lagu Getaran Cinta ini juga mempunyai pengaruh jazz yang amat sesuai dinyanyikan di majlis perkahwinan dan liriknya juga berbait puitis.

Suntingan MV yang dibawakan oleh anak muda ini bersama KGE Studios juga amatlah baik. Kalau anda nak tahu, MV Getaran Cinta ini mempunyai 3 episod berbeza tetapi masih membawa lagu yang sama. Pemilihan tempat seperti di bukit, hutan dan pantai menjadikan lagu yang dibawa mereka lebih mendamaikan. Ianya bukan sahaja di dalam Getaran Cinta tetapi turut berada di dalam lagu mereka seperti Borneo Utara dan Noda. 

Ingin juga saya kongsikan sebahagian mesej daripada MV Getaran Cinta sebagai kata akhir untuk senarai putar minggu ini.

“Benarkan getaran cinta diwaktu senja,
Berbalas buah fikiran membatas waktu,

Gengam tangan membunuh kebencian durjana,
Harum mawar mekar menyusuri getaran cinta.”

Brb, nak feeling jap. Sampai jumpa minggu depan!