A. Limin – Adam (Album)
A Limin, salah satu lagi band dengan penjenamaan daripada nama empunya badan. Mungkin ini adalah cara untuk membawa diri sendiri (jiwa) kedalam band tersebut dengan lebih mendalam, lebih penghayatan, dan tidak perlu berselindung disebalik apa-apa. Ternyata, itulah yang cuba ditampilkan oleh A.Limin disebalik kesemua lagunya. Keseluruhan penciptaan lagu adalah lebih kepada penceritaan mengenai masa silam; sesama keluarga, teman-teman atau diri sendiri. Salah satu rilisan yang perlu diambil perhatian oleh peminat muzik tempatan kita, diatas usaha mereka yang mampu menerbitkan sebuah album yang mengandungi 9 trek kesemuanya didalam album yang diberi nama “Adam”. Semenjak permulaan awal Limin bersama band bernama “Feudal” dan seterusnya menubuhkan “Seikan No” yang kedua-duanya menemui kegagalan, itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkarya sehingga hari ini.
Berjumlah 9 trek kesemuanya, namun terasa seperti trek ke-3 (Cerita) adalah permulaan begi keseluruhan album ini. Kerana trek pertama adalah mukadimah yang pendek sebelum memulakan trek ke-2 yang bertajuk “Gundah Gulana”. Trek ke-2 ini agak berat (atau progressif mungkin) untuk dihadam telinga umum. Hanya mereka yang benar-benar menghargai penulisan lagu yang cenderung kearah teknikal permainan instrumen sahaja mampu menikmati trek ini. Mungkin juga disebabkan keseluruhan tenaga telah diberikan untuk trek ke-2, untuk trek-trek keseterusnya adalah lebih santai dan mudah dibuai. Penulisan lagu mereka juga agak folky, dengan terdapat seditkit elemen crossover diantara The Beatles dan Radiohead secara umumnya, tapi disadur dengan cermat oleh mereka. Maka, perlu pengamatan yang agak halus untuk kesitu dengan mendengar berulang-kali. Mungkin, trek ke-5 akan terasa lebih jelas elemen tersebut.
Keseluruhan kualiti album ini sangat memuaskan, dengan keseluruhan proses mastering audio yang telah dilakukan oleh Bijan (ATAS), kecuali untuk trek 2 dan 6 telah dilakukan di Abbey Road Studio, oleh Alex Wharton.
Senarai Trek:
1. Sekapur Sireh
2. Gundah Gulana ( https://youtu.be/wSzl9eGIBYI )
3. Cerita
4. Gila
5. Langit Jingga
6. Pergantungan Jiwa ( https://youtu.be/-emFvN9bHkk )
7. Sengsara
8. Gentayangan
9. Adam (Semesta)