Browse By

ELMI: “ONLINE SHOW PUN TAKNAK BAYAR TIKET!”

Aku pernah beberapa berborak dan bersemuka dengan Elmi. Tapi aku yakin, dia tak kenal aku. Tapi takpa, itu tak penting. Yang penting sekarang ni, aku tahu dia punya usaha dalam menaikkan level-level pemuzik alternatif di Malaysia ini. Mungkin lebih ramai mengenali program Kamar Seni Studio Live Session, AG Coco dan Kamar Seni berbanding sosok ini. Mungkin tidak terkenal di mata anda, tapi impak yang diberikan oleh beliau cukup kuat.

Assalamualaikum Elmi. Tahniah atas inisiatif Angkasa online gig. Jujurnya, livestream di Malaysia yang paling mantap dari segi production video dan audio. Tapi apa cerita yang taknak bayar tiket ni? Spill the tea

Terima kasih Junklist. Kami cuba sebaik mungkin untuk menghasilkan produk yang mencapai piawaian penonton. Alhamdulillah kalau ada yang cakap kami production live stream yang paling mantap. Hilang rasa penat terus!

Pasal taknak bayar tiket ni, ada beberapa orang lain-lain dari last week yang request join group private dimana kami lakukan live stream. Ada juga jenis yang dah join guna akaun FB A, tiba tiba kata nak guna akaun FB B. Walhal akaun FB A dah masuk. Tapi yang tak beli tiket nak join group tu memang boleh tahan ramai juga. 😂

Rata-rata feedback puas hati ya dengan gig online tu. Dan jualan tiket pun melebihi 50 orang. Agak gempak bila difikirkan. Rasa puas hati tak dengan pencapaian tersebut?

Kami sangat berpuas hati dengan jumlah tiket terjual. Memandangkan faktor harga dan faktor hanya online stream. Tapi konsisten 50 keatas tiket setiap session memang buat kami semua rasa puas hati tahap lega buat kerja bukan untuk 5 orang sahaja yang tonton. It’s a start. Aku rasa ni effort banyak orang yang tolong promote juga. Ada banyak bands yang saling bantu promo setiap session sebab aku rasa semua bands tahu, live stream ni perlu ada untuk ekonomi muzik indie kita terus bergerak.

Boleh sustain ke dengan cara sekarang ni? Katakan manusia dah mula boring dengan online experience sebab tiada “real feeling”, apakah plan kedua dan setrusnya untuk Hashtag Media/Angkasa Space?

Kami ada dapat feedback dari penonton, juga dari band yang pernah join our live stream session, rata-rata cakap yang online gig kami sampai cara penyampaiannya. Ada yang kata seolah-olah pergi ke gig yang betul. Kami cuba produce sedaya upaya supaya ianya kelihatan seperti gig. Tapi kalau one day, orang dah mula bosan dengan online gig, kami terpaksa cuba cara lain seperti menjual official merchandise untuk kekal survive (seperti yang kami buat last two weeks).

Kami juga sedang plan Angkasa Online Fest sepanjang Julai. 8 sessions, 22 bands. Tiket boleh beli daily pass, boleh beli weekend pass atau beli monthly pass terus. InsyaAllah kami akan announce sebelum 20/6 ini.

Bagaimana dengan pemilihan band yang akan bermain di live streaming ni? Sama macam KSSLS? Ke sesiapa pun boleh bayar dan main?

Pemilihan band ni, pada awalnya kami ajak kawan-kawan yang mahu sama-sama cuba jaya benda ni dulu. Nak tengok penerimaan orang dulu. Kalau benda tak jadi pun, at least kami gagal bersama kawan-kawan kami. Tapi untuk Angkasa Online Fest bulan depan, kami dah approach band yang bukan dalam circle kami pun. Dan online gig kami memang buka untuk sesiapa sahaja. Cuma perlu pilih slot, dan cara pembayaran crew sahaja. Lepas tu terus on! Kalau boleh setiap malam nak ada live stream session!

Ada orang cakap untuk online gig RM30 tu mahal! Tiket gig biasa pun RM20-RM30. Mohon pencerahan.

Tiket gig biasa RM25 boleh tengok 6 bands. Tiket online RM30 dapat tengok 2 bands je. Kami sedar pasal benda ni. Dan kami sendiri pernah bertekak pasal harga tiket. Tapi selepas berbincang dengan pelbagai pihak, even dengan event space yang lain, kami rasakan RM30 inilah harga sesuai untuk membantu ekonomi music industry independent. Kalau tengok, Budak Nakal Hujung Simpang dan Sekumpulan Orang Gila, semua ahli mereka adalah full time musicians.

Jadi harga tiket ini adalah untuk mereka mendapat business sepanjang pandemik ini selain dari menjual merch dan sebagainya. Gig takde, inilah pengganti gig. Dan satu band boleh buat berapa banyak online gig sangat pun kan? Buat banyak nanti orang bosan. Jadi sekali buat tu kena berbaloi lah. And slot mereka bukan 30 minit, tapi satu jam.

Crew production juga ramai. Kami perlu tanggung kos sound engineer, tech crew 2 orang, cameraman 4 orang, fx seorang, switcher seorang, floor manager seorang, supervisor untuk Covid SOP seorang, lightingman seorang dan kami juga perlu IT man untuk pastikan kelancaran live stream & internet sepanjang siaran langsung.

Kita masuk hal sejarah sikit la. Ceritakan sikit bagaimana Kamar Seni dan Hashtag Media ni boleh bekerjasama secara rapat?

Aku adalah Raingers tegar. Ahli Hujan yang paling aku look up adalah AG Coco. Sampaikan nama adik sendiri pun aku letak nama sempena nama AG. One day, entah macam mana, aku pernah cerita pasal impian aku, dan kebetulan, impian aku dan impian AG sama. Kami nak ada event space sendiri. Itu yang terciptanya Angkasa.

Dan rasanya Kamar Seni & Hashtag Media ada sifat yang sama. Passion kami adalah untuk tengok music Malaysia pergi lebih jauh. Dan kami buat semua ni tak pernah memikirkan pasal untung. Buat dulu, untung kemudian. Tu sebab senang klik.

Leceh tak kerja dengan AG Coco?

AG ni seorang yang cerewet. Dia punya cerewet tu buat semua orang sekeliling dia step up untuk capai tahap yang dia nak. Tahap yang dia nak semuanya tahap international. Kalau aku bagi contoh benchmark dalam Malaysia, dia akan “takkan tu je benchmark hang?”. Dia kalau bagi contoh semua contoh yang gila babi. Jadi semua orang keliling dia akan push untuk dapat outcome yang gila babi tu. Kalau aku cakap aku taktau nak buat, dia terus call orang yang tau nak buat. Jadi secara tak langsung, kau akan buang ego kau untuk capai tahap yang dia nak. Gila babi AG Coco ni. Patut ramai orang panggil dia Cikgu.

Tentang KSSLS, dari mana idea untuk buat platform sebegitu? Tak silap aku dengar haritu inspired dari The Wknd Sessions kan?

KSSLS ni Ully punya idea. Dia nampak tweet aku pasal promote band kawan-kawan untuk House of Vans. Aku duk push orang vote. Pastu AG discover banyak gila band yang nak kena vote. Tapi mostly band tak ada live punya video untuk dia kenal each band tu. Tu terus jom buat live sessions, biar band ni ada platform tunjuk skill live performance dengan audio yang halwa telinga.

Adakah siri Muzik Dari Rumah tu hasil kerja Hashtag Media?

Kami cuma edit 8 video sahaja dari 100+ video yang ada. Kamar Seni mix audio, kami edit video. Kami hanya edit video bands yang dibawah publishing Kamar Seni seperti Masdo, Cora & Nastia.

Penting tak sesebuah band tu ada imej secara visual? Contohnya, penting ke ada video klip dan video persembahan langsung?

Visual ni bagi aku penting. Sebab untuk pergi lebih jauh, dan untuk attract lebih ramai orang suka, setiap band perlu ada visual dari semua aspek; kulit album, logo, branding, music video, even live performance punya video juga perlu sentiasa ada. Visual pada LED screen belakang stage pun untuk zaman sekarang perlu ada. Untuk menambah rasa waktu persembahan. Sebab itu waktu Fourtwnty Live In KL & NusantaRocks kami sediakan LED sebesar mungkin. Untuk melengkapkan performance. Biar penonton balik puas.

Ok cuba listkan 3 video klip terbaik band tempatan menurut pendapat peribadi, dan kenapa.

Kembalii – Bunkface. Sebab lokasi penggambaran, dan cleanliness of the MV.

Gurindam – Oceanlights. Sebab sama, cleanliness of the MV. Warna dan juga framing setiap shots.

Mr Polia – Noh Salleh. Yang ni taktau nak explain macam mana, tapi character dalam MV tu, jalan cerita MV tu, semua lah. Haha

Tentang Nusantarocks, satu-satunya gig yang gabungkan pemuzik bebas terbaik antara dua negara. Faham banyak kerugian dalam acara tu. Tapi in future, ada perancangan lagi tak nak anjur acara sebegitu?

Kita sebenarnya tahun ini ada perancangan untuk buat NusantaRocks satellite shows. Ada dua bands Indonesia yang kita dah deal untuk bawa. Tapi sebab pandemik, kami terpaksa kuburkan plan tersebut tahun ini. Dua bands tu pun dah deal dengan organizer lain juga. Jadi tahun depan insyaAllah kami ada plan tapi tak sebesar NusantaRocks. Cuma mungkin NusantaRocks versi satu band Malaysia x satu band Indonesia. Tengah kumpul duit dan rebuild dari kerugian tahun lepas.

Ok terima kasih atas masa anda Elmi. Didoakan semogo jodoh sampai segera. Amin.

Terima kasih juga sudi borak-borak. Dan thanks sebab selalu support event and kerja-kerja kami!

***Elmi adalah tunjang utama Hashtag Media, yang terkenal dengan hasil kerjanya dalam siri Kamar Seni Studio Live Session.