MOJA: “ALAM BUNYIAN TAK PERNAH HILANG”
Kali pertama aku berjumpa Moja adalah pada sebuah gig bertempat di Tingkat Dua, Ara Damansara. Rileks, cool, dan sentiasa senyum. Beberapa bulan lepas jumpa dia barulah aku tahu dia student medic (masa tu). Selepas kematian Alam Bunyian, pergerakan Moja mereka seolah-olah lumpuh. Tiada khabar berita. Jadi hari ini, kami hubungi beliau untuk sedikit update.
Salam Doktor! Macam mana ada sihat ke? Lepas Tingkat Dua RIP macam susah pulak kita nak berjumpa. Sibuk ke sekarang?
Salam brother, alhamdulillah sihat. Agak sibuk tapi lebih kepada sebabkan jadual yang padat di Hospital Serdang. Buat masa sekarang, aku baru ditugaskan di jabatan paediatrik jadi cabarannya agak berlainan.
Aku nampak akaun baru ditubuhkan, yang bernama Premis Suara. Apakah itu?
Premis Suara adalah satu studio rakaman audio dan produksi yang bertempat di Kota Damansara. Premis Suara terlahir setelah penutupan Tingkat Dua (ruang seni yang telah kami wujudkan sebelum ini) tidak dapat dielakkan, namun sebagai satu percubaan untuk meneruskan misi kami untuk membawa perubahan ke industri seni negara
Jadi adakah Premis Suara sebuah kelahiran semula Tingkat Dua? Siap tag nama Dayang Bunyian kat bio twitter tu. Still pakai ya nama Bunyian tu.
Premis Suara bukannya satu kelahiran semula namun boleh dikatakan kesinambungan kepada Tingkat Dua kerana kali ini kami lebih menumpukan kepada rakaman daripada penganjuran acara seni. Sudah ada beberapa perancangan di masa hadapan untuk membawa Alam Bunyian ke level seterusnya melalui Premis Suara namun masanya aku rasa belum tiba lagi. Alam Bunyian akan terus berjuang sebagai penganjur muzik alternatif sementara Premis Suara bertindak lebih sebagai jentera rakaman sejarah anak-anak seni.
Ramai masih tak tahu apa jadi pada Alam Bunyian. Betul ke kena halau? Jadi adakah Alam Bunyian memang pasti terkubur selama-lamanya? Tiada peluang kedua?
Alam Bunyian tak pernah kena halau mana-mana pihak. Kau jangan nak buat cerita Mil. Alam Bunyian sepatutnya bermarkas di Tingkat Dua circa 2018-2019 namun terpaksa ditutup setelah kontrak bersama landlord telah ditamatkan. Meskipun begitu, Alam Bunyian masih ada dan tak pernah hilang. Cumanya, masa yang diperlukan untuk recover itu memang agak lama atas sebab tamparan hebat itu. InshaaAllah kita masih merancang untuk Alam Bunyian kembali semula terutamanya sejak wabak Covid-19 melanda, Alam Bunyian masih belum bertindak apa-apa lagi untuk membawa kembali kemeriahan muzik ke industri kita.
Tengok pakej rakaman tu mantap juga ya. Amir Jahari pun dah rekod situ. Siapa lagi disebalik Premis Suara?
Di balik tabir Premis Suara termasuklah aku, Fai dan Kumiro buat masa sekarang. Cita-cita kami tinggi tapi biarlah kami bermula dengan selangkah kecil dahulu sambil menuruti studio-studio rakaman terdahulu. Bagi masa sekarang, kita menumpukan perhatian kepada pakej-pakej berpatutan yang telah kami sediakan bagi artis-artis, pemuzik-pemuzik sekalian untuk merakamkan single, EP, atau album dengan kualiti antarabangsa.
Sebenarnya sudah beberapa rakaman yang telah pun kami hasilkan sejak hujung tahun lepas untuk beberapa rancangan TV, single, iklan, atas talian dan macam-macam lagi. Namun, kini kami rasakan kami lebih bersedia untuk membuka platform kepada artis indie terutamanya seperti singer songwriter, bands, untuk turut berpeluang merakamkan artwork mereka bersama kami di sini.
Takde plan nak jadi recording label ke? Aku rasa banyak band-band yang perlukan sokongan dari segi rakaman sekarang ni. And Premis Suara pun ada ramai orang yang experienced.
InshaaAllah sekiranya terbuka peluang dan ada yang menyokong, pastinya kami amat berbesar hati untuk melebarkan empayar untuk menjadi recording label dan publishing house. Kalau dapat tengok band mana yang berminat untuk bersama kami best jugak. Artis mana kau rasa yang sesuai dengan ‘recording label’ kami Mil? Haha
Boleh lagi kau tanya soalan macam tu. Aku kan ada? Sign me now. Ok soalan menyasar ni. Tiba-tiba gerak solo and release lagu solo. Band Shuuna dah tak gerak? Sayanglah kalau macam tu!
Mana ada gerak solo bang, baru kahwin. LOL. MOJA. sebenarnya bermula sebagai satu projek peribadi untuk aku meluahkan rasa aku dengan ikhlas terhadap muzik, untuk aku jamming seorang diri di studio. Jadi aku hasilkan satu EP hanya untuk aku bermain muzik seorang diri. Tiba-tiba one thing turned to another, sekarang aku tengah dalam proses menghasilkan satu album penuh untuk dikongsikan ke umum.
Shuuna masih ada, Monalyssa band lama aku pun masih ada. InshaaAllah rakaman akan berjalan untuk kedua-duanya jugak. Semuanya duduk tengah memeram lagu-lagu baru, tapi buat masa sekarang apa kata kasi MOJA. peluang untuk berkarya, betul tak?
Adakah selepas ini memang akan gerak solo? Dengan kerjaya doktor lagi.
Aku enjoy kerja kedua-duanya, muzik dan di hospital. Tapi kerja kat hospital takkan habis, jadi aku lagi suka fokus kepada muzik untuk tenangkan jiwa aku. Bila apa yang kita buat itu ikhlas, tak kisah dalam pekerjaan apa, baik pemuzik, doktor atau apa pun, yang terhasilnya itu nanti akan sampai ke jiwa. Sikit lagi nanti dah siap album, aku rancang untuk anjurkan online album launching kita jumpa kat sana.