Browse By

AKMAL TIM: “BERHENTI BERI ALASAN!”

Pertama kali mendengar TIM adalah pada 2013 melalui lagu Dia, sebuah lagu saduran nyanyian asal Sheila Majid. Beberapa kemudian, barulah aku tahu yang lagu ini dimuatkan dalam sebuah kompilasi yang bernama Senandung Pawer Kord: Saduran Pop 80’an Oleh Kugiran Perasan keluaran tahun 2009. Kompilasi yang pecah gila, 17 band punk memainkan lagu-lagu saduran daripada artis seperti Sudirman, Alleycats, Gersang, Black Dog Bone dan banyak lagi. Kalau ada peluang jumpa dimana-mana, anda wajib dengar kompilasi tersebut. Sebuah gem dalam scene tempatan. Dan setelah beberapa tahun kemudian, barulah saya berkesempatan menonton muzik video bagi lagu Dia, di situlah baru saya tahu yang TIM, bukanlah sebuah team. Ianya one-mand-band! Pecahpala!

Assalamualaikum Akmal. Apa khabar? Sibuk ya. Macam mana kehidupan sepanjang pandemik?

Waalaikum Salam, saya sihat, doing great 😁 .Sepanjang pendemik ni rasa agak tenang alhamdulillah.

Aku rasa masa PKP, kau antara orang yang tak banyak komplen tentang tak boleh kerja atau takde duit. Padahal kau kerja full main muzik. Malah aku rasa kau langsung tak komplen. Instead, kau buat busking online dan paling best, ada orang bayar kau untuk mainkan lagu mereka. Apa yang buatkan kau tak merungut tetapi tetap bekerja dan adaptasi dengan situasi?

Masa awal-awal PKP sampai lah ke PKPP ni macam tu la saya, tak ada apa nak di komplen kan sangat, kita buat je la apa apa yang patut, untuk adapt dengan situasi dan planning apa job nak buat untuk income tapi on the bright side kita bole asah bakat untuk cuba benda baru atau yang sebelum ni kita tak berani atau malas nak cuba. Actually masa memula tu buat la online busking tu, tapi saya buat live online tiga kali je rasanya hehehe.

Then saya buat pre-record sama ada main live acoustic atau record semua instrument track by track dan mix kasi cantik and proper. So dari situ saya bole lah letak harga instead nak harap orang tip ke account bank saya, dan saya tahu semua rakan pemusik dan rakan busker pun buat live acoustic with donation. Tapi saya cuba lari skit dari situ, saya fikir why not saya guna kan skill dan knowledge saya dalam audio producing tu untuk buat konsep live digital busking ni lebih menarik, atleast nak kasi sound tu sedap dan appealing lah.

And yes with a video, saya ni tahap amatur je edit video huhu tapi youtube tu banyak sangat sumber yang bole di pakai guna, kena rajin la selidik, as for barang-barang pula, saya memang dah ada barang keperluan basic untuk merakam, sebab memang suka recording ever since saya graduate dari Ocean Institute of Audio dulu. So masa pandemik ni melanda,semua panic..of course la me my self pun sama,tapi saya fikir INTERNET masih ada,so why not make the best use from it.

Kau rasa apa cara terbaik untuk pemuzik adaptasi dengan situasi dan ekonomi sekarang? Tak senang aku rasa. Terutama untuk pengkarya sepenuh masa yang bergantung kepada jualan karya dan persembahan.

Ok bagi saya lah untuk blend in dengan situasi pendemik ini banyak option boleh buat. Tutorial is one of the things yang saya akan buat lah untuk channel Youtube saya, sejak awal PKP hanya ada content content cover songs iaitu lagu lagu yang di request dari friendlist di social media. Dan saya terfikir why not saya expand benda ini ke content content lain.

Ya memang orang akan fikir “oh susah la, nak kena ada prop, nak kena beli itu ini, nak kena terrer, nak kena power gila babi, tak reti la nak cari subscriber..”


Alasan alasan sebegini lah yang saya selalu buang dari minda saya. Sebab saya suka kerja saya, so what stopping me? Takut kena kritik?takut kena kecam?

Itu asam garam kehidupan, kita tak buat apa apa pun kena kecam juga kan? hahah. Saya suka dengar kritik kritik ni sama ada dari pro atau amatur atau dari pendengar dan client. Banyak positif side yang kita bole ambik untuk improve.

Tak ada budget untuk production bole je research internet tu, lepas tu guna kan la IMAGINASI pemberian Tuhan untuk kebaikan. Asalkan niat nak cari rezeki, I don’t see a problem there. Kita tak akan sampai satu tahap tu kalau tak ada penghalang untuk di daki. Kalo tak kita akan go around in circle sahaja, macam loop.Untuk pemusik yang ada kebolehan mengajar, online classes tu normal la, dan deorang bole expand untuk try ajar benda lain.

And always remember to charge on the things you do best, NEVER EVER DO IT FOR FREE, even a little charge makes a big difference to how people will react to your craft at the same time kita sendiri pun akan motivate to do our job with more efficiency and consistant. In other words PR kena pandai pandai la buat,saya sendiri pun struggle untuk polish PR skills ni😅 sebab saya memang tak suka bergantung pada orang saya nak create my own path.

Dalam masa yang sama, kau cakap tengah rekod untuk next release TIM. Apa perkembangan terbaru TIM? Difahamkan daripada 4 orang, turun jadi 3, sekarang dah solo kembali?

Yes saya sudah rakam untuk album baru sejak tahun 2019 lagi, boleh kata everything is in a pre-production state. 70% done. Before this line up 3 piece, going 4 piece, going back 3 piece and now solo. Actually band ni memang 90% of it is done by me😃So changing line ups wont effect that writting or creative process,its all good 😊😉

Semasa dan selepas tour dengan under BijanFX, macam mana penerimaan crowd terhadapap TIM?

Alhamdulillah waktu tour dengan BIJANFX Production pada awal 2019 menampak kan perkembangan yang agak positif untuk side TIM,thank you juga pada BIJANFX and the whole crew ,TAPAUTV for making that tour happen and yes TIM banyak dapat crowd baru, bukan secara mendadak tapi skit demi sedikit, dari tour tu saya belajar la buat marketing sendiri walaupun nubis huhuh saya banyak inspire dari musician yang lebih muda dari saya on doing marketing.

Why waste your talent to entertain that old stereotype atmosphere when there is a lot, i mean a lot of positive vibes of crowd and new listeners that i can share my music and experience with.Ye saya bukan la sebesar artis artis lain, tapi for me “you are never to old to learn” have fun and keep on doing what you do best.People will noticed you somehow,just cuba cari the right path..memang susah tapi dah minat kan😎

Tour Jepun tak boleh proceed ya? Sayangnya. Apa yang membuatkan kau nak tour Jepun?

Yes Japan Tour kena hold dulu. Touring memang menjadi idaman setiap pemusik. Jepun adalah salah satu tempat tu lah. Dengan cost nya yang tinggi, dengan band band nya yang bagus, itu satu cabaran tu, saya memang suka cabaran. Music dari Jepun adalah antara influence terawal saya sebelum saya kenal music. Biasalah dari kartun zaman kanak kanak dulu. Bole kata banyak hiburan di kaca tv dan media ada banyak Jepun punya product, masa dah mula main music macam biasa saya akan research sendiri, sehingga lah zaman internet wujud, lagi la saya seronok nak tau apa yg buat music Jepun ni menarik sangat kat telinga saya ni.

Sehingga la saya discover banyak band band dari Jepun, via internet ataupun music store dan juga dari rakan rakan. Masa saya mula mula tubuh TIM lagu lagu lama ada banyak unsur 90s skatepunk tapi saya selit2 kan sedikit element Jepun just nak make it catchier. Then saya discover banyak band band Jepun dah buat benda ni hahaha. So dari situ la berangan nak perform sana, nak make new friends and connection. Bagi saya lah ramai orang yang bukan dari indie scene akan tanya macam mana bole dapat show sana? Bayar mahal ke? Nak ke deorang dengar lagu dalam bahasa Melayu? Bagi saya menghibur ni macam belajar juga kan? So saya ke sana sebab nak belajar dan experience sendiri. Nak tahu macam mana mereka bekerja dan sedikit sebanyak dapat la saya kongsi atau saya gunakan untuk Kerjaya saya. Connection & Networking😊


Jadi adakah tour ni akan dibatalkan terus, atau akan dirancang lagi masa hadapan? Yela masa tour kan berempat. Takkan lepasni kau nak tour sorang-sorang kan. Melainkan kau main akustik la.


Tour hanya di tunda dan akan di teruskan bila semua sistem penerbangan dah kembali lancar. Yes saya memang hanya seorang dalam band dan segala production di kendalikan oleh saya. Saya masih mengunakan khidmat Busy Publishing (BijanFX & Zakwan) untuk karya karya saya😊cuma kali ini production di kendalikan sepenuhnya oleh saya. Dari rakaman, mixing, mastering hinggalah ke bahagian promotion dan distributing (digital & fizikal) semua saya yang handle dulu buat masa ini. Untuk touring dan juga performance saya pakai sessionist. But the main focus of TIM is the music it self and yes saya dah prepare individu individu yang akan bekerja dengan saya untuk performance sahaja.😊

Kalau boleh nak bawa tiga band tempatan untuk tour sekali dengan TIM, siapa pilinan?

Playburst, Panasejook, Pastel Lite.

Adakah TIM akan kekal dengan genre melodic punk/j-rock? Mana la tahu tiba-tiba berminat jazz tepu ke satu hari nanti.

Yes akan berubah mengikut zaman moga di panjangkan umur.

Apa direction untuk next release? Berapa lagu anggaran?

New release adalah sambungan dari EP 2018. EP 2018 tu kira macam PKP feel dia heheh, new release ni nanti feel dia macam PKPP 😁Estimate dalam 10 lagu, tapi akan di releasekan secara DIGITAL dahulu. Song by Song. Saya sentiasa update di socmed TIM. Insta, FB, Twitter.

Okay terima kasih Akmal. Keep going strong dan menjadi inspirasi pemuzik lain.

Ok Kamil thank you so much for this interview, stay safe and take care.🖖

Akmal adalah TIM, sebuah band yang bermain melodic punk-rock, disulami pengaruh muzik J-Rock. Beliau adalah pemuzik sepenuh masa yang bermain di persembahan gig dan juga busking.